“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

24 November 2010

3 Tempat Paling Romantis di Dunia

                                     

Paris
Kota Paris @ dikenali juga sebagai kota cinta menjadi destinasi pilihan utama bagi kebanyakkan pasangan yang baru berkahwin. Sudah tentunya pengalaman paling  romantis bila anda bersama pasangan dapat melihat sendiri Menara Eiffel dengan ketinggian 300 meter yang mula dibina pada 1 julai 1887 itu sambil menyusuri  sungai Seine.


Venice
Bandar terapung atas air sering digambarkan sebagai lambang agungnya cinta.Ia adalah satu diantara bandar yang tercantik dan popular di dunia.  Venice yang mempunyai 140 terowong dan 400 buah jambatan menjadikan Venice begitu unik. Gondola yang menjadi simbol Venice juga antara keistimewaan yang ada di Venice.


Nami island
Masih ingatkah lagi dengan 'winter sonata'. Drama bersiri romantis Korea yang pernah popular suatu ketika dulu. Lokasi penggambaran yang banyak dilakukan dipulau Nami dan Jeju tentunya sedikit sebanyak akan mengimbaukan kenangan dan suasana romantis bila anda berada disini bersama dengan yang tersayang.






20 November 2010



Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa

Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa

01 November 2010


“Ya Allah, inilah usahaku sebatas kuasaku, maka janganlah Engkau cela diriku tentang apa yang Engkau kuasai dan aku tidak kuasai (hati)"