“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

24 September 2011

suka hati aku la pepatah aku

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

21 September 2011

KEBETULAN YANG MELUCUKAN


AKU RASA NI KES NAK KENAKAN ORANG LA NI.... TAPI KEBETUALN PLAK LAKI NI DOK KAT BUS STOP? HAHA
HAHAHA KEBETULAN DAH MACAM TANDUK SETAN DAH AKU TENGOK? WAKAKA!
KEBETULAN KER NI? ATAU PATUNG TUH MEMANG HIDUP? MEMANG MISTERI..
EH! KEBETULAN MACAM AIR DIA TERPANCUT PLAK? BANYAK GAS LA TUH.. NAMA PUN AIR GAS KAN?
EH! KEBETULAN MUAT PLAK DENGAN KEPALA AWEK KAT BELAKANG TUH? MEMANG MENAKJUBKAN...
EH! KEBETULAN KE APA NI MANUSIA BERKEPALA KUDA!! MEMANG MENAKUTKAN....
KEBETULAN YANG KELAKAR? SAMA JER DENGAN SAIZ BADAN DIA PLAK TUH? ADOIYAI..
KEBETULAN PLAK KAN? NAMPAK MACAM TANDUK PLAK?

BAJU SERAGAM SEKOLAH SELURUH NEGARA



JEPUN


MALAYSIA


CHINA



VIETNAM


LAOS


KOREA


UNITED KINGDOM




HEHEHE TAPI APA-APAPUN AKU SUKA LAGI PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH NEGARA KITA LAGI KEMAS KAN? HEHEHE

gambar pelik


HUYOOOO!!!!!!! BIAR BTOL NI! MEMANG PELIK LA....
HA! TENGAH-TENGAH ORANG SEMBAHYANG PUN ADA KERETA? NI SAPA PUNYA KEJA NI! PARKING KAT LUAR LA BRADER! HAHA
BESARNYER IKAN NI!!! WAH! TAPI BADAN DIA BATU PLAK? HMM...
HUH! BESORNYER KERUSI!! NI KERUSI GERGASI DUDUK KER APA NI? HMMM....
HUH! NI PUN PELIK GAK! MACAM MANA JALAN DIA MACAM TUH? SEKERAT TINGGI SEKERAT RENDAH? PELIK2...
HUH! PELIK LA..... MEMANG PELIK! HA.. DIA SIAP TARIK LAGI JALAN RAYA TUH! MACAM KAIN JER? MEMANG PELIK!

20 September 2011

pemecatan k deven


terkini dari Shah Alam....Jurulatih Selangor K Devan sah letak jawatan sebagai Jurulatih Selangor! P Maniam ambil alih sementara sebagai jurulatih..

19 September 2011

MALAYSIA vs JEPUN 21 September 2011


Misi skuad Olimpik menentang Jepun.



Perlawanan yang dinanti-nanti oleh seluruh peminat bolasepak tempatan, dimana pasukan bawah 23 tahun, Olimpik Malaysia yang dibimbing oleh jurulatih Ong Kim Swee akan memulakan cabaran di peringkat kumpulan(pusingan ketiga) kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia.

Skuad Olimpik Malaysia telah diundi dalam kumpulan C bersama-sama Jepun, Syria dan Bahrain. Nasib skuad senior kebangsaan, Harimau Malaya yang gagal ke pusingan seterusnya agak sedikit terubat dengan skuad U-23 negara berjaya mara ke pusingan 12 terbaik Asia.

Perlawanan pertama skuad Olimpik, mereka bakal menghadapi negara Jepun pada tarikh 21 September yang akan dilangsungkan bertempat di Stadium Tosu, Fukuoka dan timbal balik(second leg) pada 22 Februari 2012 di Bukit Jalil. Laluan di peringkat awal kelayakan, Malaysia telah mengalahkan Pakistan 2-0 di pusingan pertama dan mengatasi Lubnan 2-1 di pusingan kedua.

Info perlawanan;



Pusingan ketiga(first leg)
JEPUN VS MALAYSIA
Stadium Tosu, Fukuoka
21/9/2011(Rabu)

Senarai pemain Malaysia vs Jepun 21 September 2011:

Senarai 22 pemain menyertai kem Malaysia manakala tiga pemain Harimau Muda A Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadli Shas yang dipinjam ke ViOn FC, Slovakia akan dipanggil balik apabila berangkat ke Jepun 16 September nanti.

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat(Kapten), Mohd Zamir Selamat dan Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Fadli Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohamad Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, Mohd Zubir Azmi, Izzaq Faris Ramlan dan Muhammad Syazwan Tajuddin.

Tengah: Wan Zack Haikal, Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Abdul Shukor Jusoh, Nazirul Naim Che Hashim, Mohamad Faizal Abu Bakar, Mohd Azrif Nasrulhaq dan Muhammad Nazmi Faiz.

Penyerang:
 Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Ferris Daniel, A.Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Izuan Solahuddin

Pemain-pemain bawah 22 tahun Jepun (Samurai Blue) jurulatih Takashi Sekizuka:

Penjaga gol: 
Shuichi Gonda, Shunsuke Ando dan Tatsuya Morita.

Pertahanan: 
Hiroki Sakai, Yasuke Higa, Yutaka Yoshida, Mizuki Hamada, Daisuke Suzuki, Gotoku Sakai dan Shohei Takahashi.

Tengah: Takahiro Ogihara, Hiroshi Kiyotake, Kosuke Yamamoto, Kazuya Yamamura, Keigo Higashi, Naoki Yamada, dan Hotaru Yamaguchi.

Penyerang: Yuya Osako, Kensuke Nagai, Ryohei Yamazaki dan Genki Haraguchi. Senarai terkini pemain dikeluarkan Japan Football Association

sumber

Jadual perlawanan seterusnya pusingan ketiga kelayakan Olimpik:

HOME - MALAYSIA VS SYRIA(23 NOVEMBER 2011)
HOME - MALAYSIA VS BAHRAIN(27 NOVEMBER 2011)
AWAY - BAHRAIN VS MALAYSIA(5 FEBRUARY 2012)
HOME - MALAYSIA VS JEPUN(22 FEBRUARY 2012)
AWAY - SYRIA VS MALAYSIA(14 MARCH 2012)

Semoga Malaysia mampu menghasilkan keputusan positif dan memberikan tentangan walaupun Jepun bukanlah lawan yang mudah untuk dikalahkan kerana mereka mempunyai rekod yang baik di peringkat Asia. Apa yang penting semangat melawan sehingga wisel penamat.