haahhahahaha...knai x 3 0rg nie....hahaha...chomey2 sokmo kan..mau ampa smua nak tau yg hujung sbelah knan skali la ktua kmi..hensem x...tp xsesexy yg tgah...hahah..sory wan na..2 mmg fakta..yg ujong sblah kiri 2 mrangkap timblan ktua geng2 hero hindustan...hehe...lawak ja...nie la membe2 aku kat upsi nie...hary rabu nie la pkaian rasmi kmi...bbudak pgajian malaysia.....(",)
05 January 2011
04 January 2011
brother.....
mau ampa nak taw nie la pic bro ak tyme mjlis prtunang dya rytu....mayb thez year kawen la agaknya..tp sdih r..tyme dya akad nikah nty mayb ak xdak..haishhhh....apo2pn hope dya happy sntiasa...ak akn sntiasa doakan kbahagiaan dya..
03 January 2011
Ladang Tebu Chuping
Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapu yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.
Empangan Timah Tasoh
Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang mendamaikan. Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu
Taman Ular Dan Reptilia
Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesis ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesis-spesis lain seperti buaya, biawak kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.
Harumanis
Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat. Ladang mempelam ini amat unik sekali kerana tidak terdapat di negeri – negeri lain . Selain itu rasa dan aroma buahnya yang tersendiri telah menarik pelawat untuk berkunjung ke ladang ini. Ianya hanya boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan Mac – Jun.
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis.Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu berselera dimakan.Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.
Makanan Laut
Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar.Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaanya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.
Padang Besar
Padang Besar terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan bersempadan dengan Thailand. Ia merupakan salah satu pintu masuk dan keluar utama penduduk negara ini ke negara jiran. Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan Imagebarangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.
27 November 2010
25 November 2010
3 Tempat Paling Misteri Di Dunia
RAPA NUI
Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile. Meraih populariti international kerana patung besar yg luar biasa dan berbentuk wajah manusia. Tiap patung tingginya 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14 tan dan terbuat dari batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui. Sampai sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut. Terdapat berbagai teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuk salah satunya adalah teori fantasi yang mengatakan bahawa patung ini hasil UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.
BERMUDA
Terletak di Atlantik Barat Laut . Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Juga di sbeut sebagai segitiga seta- semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut . Komunikasi dengan dunia diluar segitiga ini sering menjadi masalah. Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana merungkai hal ini.
XINJIANG
Di kota ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis. Beberapa ‘istana’ di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak jelas darimana asalanya . Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan angin sepoi-sepoi, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan sungguh indahya. Tapi jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istan-istana itu di baratkan seperti raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala
Subscribe to:
Posts (Atom)











