“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

03 January 2011


Ladang Tebu Chuping 
Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapu yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.


Empangan Timah Tasoh
Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang mendamaikan. Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu



Taman Ular Dan Reptilia

Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesis ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesis-spesis lain seperti buaya, biawak kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.


Harumanis
Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu  Pahat. Ladang mempelam ini amat unik  sekali kerana tidak terdapat di negeri  – negeri lain . Selain itu rasa dan aroma buahnya yang tersendiri telah menarik pelawat untuk berkunjung ke ladang ini. Ianya hanya boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan  Mac  –  Jun.  



Laksa Kuala Perlis
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis.Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu berselera dimakan.Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi  menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.



Makanan Laut
Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar.Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaanya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.



Padang Besar
Padang Besar terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan bersempadan dengan Thailand. Ia merupakan salah satu pintu masuk dan keluar utama penduduk negara ini ke negara jiran. Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah.  Ini kerana kebanyakan Imagebarangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.

No comments:

Post a Comment