“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

14 April 2011

5 ikan yang paling menakutkan di dunia

 Piranha
 Anglerfish
 Morat Eel
 Tiger fish
Dragon Fish

5 Coklat Paling Mahal Di Dunia

5.Godiva : $ 117
Dicipta:  Godiva “G” Collection
Harga:  US$ 117 per pound
Lokasi:  New York City, New York
Keistimewaan die ialah koleksi ‘G’ ini limited dan mempunyai pelbagai rasa yang unik
antaranya ialah seperti madu tasmania , coklat panas mexican dan lain2 lagi..
4.Richart : US$ 120
Dicipta:  Richart ©
Harga:  US$ 120 per gram
Lokasi:  Lyon, France
keistimewaan coklat ini ialah ia menggunakan koko paling terbaik di dunia dan mempunyai pelbagai jenis
termasuklah perisa buah-buahan exotik..harga $120 pergram??..mahal tuuu

3. Delafee : $504
Dicipta: Delfee ©
Harga: $ 504 per 450 gram
Lokasi: Neuchatel, Switzerland
mahal kan?..tengok coklat ni je tau la yang ianya mahal..
sebab pe?..coklat nie disaluti 24 karat emas..wow!..
haha..rasanya tak sanggup nak makan nie..
2.Noka : $854
Dicipta: Noka Vintages Collection
Harga: $ 854 per 450 gram
Lokasi: Dallas, Texas
Coklat ini adalah antara coklat hitam yang paling mahal..
keistimewaan coklat ini ialas ianya tidak mengandungi apa2 ramuan tambahan,hanya coklat dan susu je..
aik,itu pown mahal ka?..haha
1.Chocopolagie : $2,600
Dicipta: Knipschildt
Harga: $ 2,600 per 450 grams
Lokasi: Norwalk, Connecticut
$ 2,600 per 450 grams???…mahal gile!!!!..hahahaha
Coklat ini dicipta oleh Fritz Knipschildt,coklat ini adalah coklat paling sedap didunia!..
keistimewaan nya ialah ianya hanya di buat apabila hendak je..
p/s:memang la,dah harga nye mahal,tak kan nak jual kat pasaran..haha

Pernikahan Paling Mewah Dan Mahal Di Dunia

Perkahwinan ini adalah perkahwinan antara selebriti China, Liu Tao, dengan anak seorang konglomerat  yang sangat berpengaruh di China. Puluhan (bahkan ratusan) kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Porcshe.Yang paling hebat adalah mobil paling mahal di dunia ini (Rolls Royce Phantom) juga ada.




 Rolls Royce Phantom


 Ferrari F430 Spider

 Lamborghini Gallardo LP560-4 


 Bentley Flying Spur 




 bukan satu Phantom tapi.....???

 Range Rovers di sebelah kiri dan Porsche Cayennes disebelah kanan.

 Ferrari 575M 

 Audi A8.


 Ferrari 360 Spider

7 Negara Paling Kaya di Dunia (2011)


Grand_Canyon6
7. USA – $46,000
USA atau nama lainnya Amerika Syarikat menduduki tempat ke-7 untuk senarai 2011 ini. Ternyata apa yang membezakan USA dengan negara lain yang tersenarai adalah saiz negaranya yang besar.
Berbanding negara-negara lain dalam senarai yang antaranya adalah terkecil di dunia, USA mempunyai populasi mencapai 300 juta orang yang meliputi 9.83 juta kilometer per segi. US juga merupakan negara kepada ramai ‘billionares’ di dunia. Adalah dikhabarkan, ‘billionares’ yang tinggal di US adalah seramai mereka yang berada di dunia secara total. Dengan kecanggihan teknologinya, tidak keterlaluan US dikatakan sebagai syurga dunia.
6. Singapore – $48,900
Negara kecil Singapura ini meliputi 63 buah pulau dan sebahagian tanah besar dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi. Seiring dengan Hong Kong, Korea  Selatan dan Taiwan, Singapura telah diangkat sebagai ‘4 Asian Tigers’.
Difahamkan, Singapura mempunyai pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata wang asing ke-4 terbesar di dunia. Singapura juga dianggap sebagai tempat paling mudah dan mesra untuk menjalankan urusan perniagaan.
5. UAE – $55,200
United Arab Emirates ataupun UAE adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli yang mana ia telah mencapai kejayaan sebagai antara negara yang termaju di dunia.
Dengan kewangan melebihi apa yang mereka perlukan, UAE telah membina beberapa pulau buatan dan juga telah membina menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa setinggi 828 meter 2 kali ketinggian bangunan Empire State (Empire State Building) di New York.
Selain itu, aktiviti pembinaan sangat rancak berjalan di negara ini dengan laporan menunjukkan ¼ daripada pembinaan di dunia berlaku di Dubai, antara kota terbesar di UAE.
4. Kuwait  – $55, 300
Dalam bahasa Arab, Kuwait membawa maksud “Tembok yang dibina berdekatan Air”. Selain berada di pesisir Teluk Parsi, negara ini mempunyai jiran terkenal seperti Arab Saudi dan Iraq.
Kuwait kaya dengan hasil minyak dan mempunyai 10% daripada rizab minyak dunia. Sebagai negara tanpa sistem cukai, lebih 80% hasil negara diperolehi daripada jualan eksport minyak mentah.
Selain itu, menjadi negara kedua paling bebas ekonomi di Timur Tengah, Kuwait mempunyai antara ekonomi yang paling berkembang di teluk  itu. Terkini, Kuwait bersaing dengan Malaysia untuk menjadi negara hub sistem perbankan Islam dunia.
oslo, norway
3. Norway – $55, 600
Norway antara beberapa negara Eropah yang tidak menganggotai Kesatuan Eropah  (EU). Negara sumber minyak ini hanya berada di belakang Rusia dan Arab Saudi dalam eksport minyak tahun 2006.
Dikhabarkan juga, Norway mempunyai kos sara hidup 30% lebih mahal daripada di US.
2. Qatar – $75,900
Qatar adalah sebuah negara Arab berpenduduk kurang daripada sejuta orang dan hanya mencapai kemerdekaan daripada Great Britain pada tahun 1971.
Tanpa cukai pendapatan, Qatar mempunyai kadar cukai antara yang terendah di dunia namun masih mampu menawarkan kemudahan secara percuma kepada penduduknya.
1. Luxembourge – $80, 800
Negara kecil ini hanya berkeluasan 50X30 batu persegi. Dengan penduduk kurang daripada 500,000 negara ini adalah satu keajaiban Eropah selain menjadi 1 daripada 8 negara terkecil di dunia. Mengikut sistemnya, Luxembourge diiktiraf negara terkaya di dunia 2011 mengikut pendapatan per kapita.

7 Makanan Paling Mahal Di Dunia



1) Matsutake Mushroom $2000/kilo
Cendawan matsutake ini sangat mahal kerana ia jarang didapati dan biasanya diperoleh dalam musim luruh di Jepun. Antara sebab lain yang menjadikannya mahal adalah kerana petani masih belum berjaya menemukan cara untuk membiakkan cendawan ini secara komersial. Selain itu, ancaman pokok yang membantu cendawan ini membiak juga terus memastikan cendawan ini sangat-sangat jarang ditemui.

 
2) Italian White Alba Truffle $160,406/kilo
Italian White Alba adalah jenis truffle yang paling mahal didunia. Truffle adalah tumbuhan fungi yang tumbuh di bawah tanah dan sangat sukar dikesan. Selain itu, truffle jenis ini sangat mahal kerana aroma dan rasanya yang sangat menakjubkan. Truffle yang paling berat didunia seberat 1.51kg ini dikhabarkan dibeli oleh seorang usahawan hartanah Hong Kong dan truffle ini telah direkodkan di dalam Guinness World Book of Record.

3) Kobe Beef $770/kilo
Kobe Beef diambil daripada jenis lembu Wagyu dalam keluarga lembu Tajima-ushi yang berwarna hitam. Lembu ini dibesarkan dalam persekitaran yang sangat ketat dimana hanya rumput terpilih yang diberikan tanpa bahan kima sintetik. Koba beef popular kerana rasanya, kelembutannya disamping rasa manis lemaknya yang mempunyai tekstur halus seperti marmar.

 4) The Zillion Dollar Fritatta $1000
Telur ni dihasilkan oleh restoran Le Parker Meridien yang mengandungi campuran telur, lobster dan 10 ounces kaviar jenis sevruga. Antara sebab utama telur ini mahal adalah kerana kos sevruga caviar yang berharga $650 untuk 10 ounces.

 5) Grand Opulence Sundae $1000
Grand Opulence Sundae adalah nama yang diberikan untuk ais krim paling mahal di dunia. Ais krim ini dihasilkan bersempena menyambut ulangtahun ke-50 restoran Manhattan Serendipity 3. Ais krim ini mengandungi 5 scoops vanilla bean Tahitian yang terbaik didunia dicampur dengan Madagscar vanilla dan juga golden leaf yang bleh dimakan. Ais krim ini di limpahi dengan coklat paling mahal di dunia, Amedei Porceleana disamping dan di tutupi coklat unik Chuao Chocolate di atasnya.
Ais krim ini dihidangkan dalam cawan goblet emas bersama dengan sudu 18 karat emas dan diatasnya sugar flower yang dihasilkan oleh Ron Ben-Israel.



6) Almas White Caviar $25,000/kilo
Antara beberapa jenis kaviar di dunia, Almas White Caviar adalah yang termahal. Almas yang diambil daripada perkataan Russia yang bermaksud ‘diamond’ yang merupakan satu jenis makanan yang sangat mahal kerana kaviar diperoleh daripada satu jenis ikan lautan yang sangat jarang ditemui. Ikan tersebut adalah ikan yang berusia 100 tahun jenis albino Sturgeon. Sebagai panduan asas, semakin putih telur ikan (caviar) tersebut, semakin tua ikan tersebut dan semakin tinggi kualitinya.


7) Samundari Khazanah $2000
Samundari Khazanah adalah kari yang paling mahal di dunia. Ia dihasilkan oleh Restoran Bombay Brassiere di London bersempena meraikan kejayaan filem ‘Slumdog Millionare’. Kari ini mengandungi bahan-bahan asas termahal dunia termasuklah lobster, Devon Crab, White Caviar, 4 abalons, 4 quill eggs, dan juga golden leaf diatasnya.