Paris
Kota Paris @ dikenali juga sebagai kota cinta menjadi destinasi pilihan utama bagi kebanyakkan pasangan yang baru berkahwin. Sudah tentunya pengalaman paling romantis bila anda bersama pasangan dapat melihat sendiri Menara Eiffel dengan ketinggian 300 meter yang mula dibina pada 1 julai 1887 itu sambil menyusuri sungai Seine.
Venice
Bandar terapung atas air sering digambarkan sebagai lambang agungnya cinta.Ia adalah satu diantara bandar yang tercantik dan popular di dunia. Venice yang mempunyai 140 terowong dan 400 buah jambatan menjadikan Venice begitu unik. Gondola yang menjadi simbol Venice juga antara keistimewaan yang ada di Venice.
Nami island
Masih ingatkah lagi dengan 'winter sonata'. Drama bersiri romantis Korea yang pernah popular suatu ketika dulu. Lokasi penggambaran yang banyak dilakukan dipulau Nami dan Jeju tentunya sedikit sebanyak akan mengimbaukan kenangan dan suasana romantis bila anda berada disini bersama dengan yang tersayang.
venice pilihan saya :D
ReplyDeletehehehehe...tp Paris terbaekk....
ReplyDelete