2 orang askar Amerika dari 5th Stryker Briagde, 2nd Infantry Division dihadapkan ke mahkamah tentera hari ini kerana dituduh membunuh Gul Mudin, seorang warga Afghan pada 10 Januari 2010. Menurut laporan Der Speigel, Specialist Jeremy Morlock dan Prebet Andrew Holmes. 2 askar Amerika yang menganggotai "Kill Skuad" adalah antara yang didakwa membunuh 3 orang awam tanpa sebab musabab.
Selepas dah dibunuh orang awam ini, Kill Squad akan mengambil gambar dan video mangsa mereka. Siap posing tepi mayat dengan senyuman manis. Secara total lebih 4000 gambardirampas dari ahli skuad ini untuk digunakan sebagai bukti menghukum mereka. Buat masa sekarang hanya seorang mangsa pembunuhan ini, Gul Mudin berjaya dikenal pasti sementara 2 lagi didalam gambar dibawah tidak diketahui. Specialist Jeremy Morlock dan Prebet Andrew Holmes dihadapkan ke mahkamah tentera dulu kerana gambar mereka berposing dengan mayat Gul Mudin boleh digunakan sebagai bukti pendakwaan.
Specialist Jeremy Morlock mengaku bersalah tetapi Prebet Andrew Holmes pula sebaliknya. Menurut Morlock dia dan rakan-rakan Kill Squad menembak mati Gul Mudin atas dasar suka-suka. Dia mengaku melontar bom tangan kearag Gul Mudin sebelum kesemua ahli Kill Squad join in the fun dan menembak kearah yang sama. Prebet Holmes pula berkata beliau tidak bersalah dan kejadian itu berlaku pada waktu malam dan beliau tak nampak apa yang ditembak. Which is funny pasal dalam gambar dia berposing dengan Gul Mudin boleh nampak ianya pada waktu siang bukannya malam! The fool!
Turut didakwa dalam kes skandal terbaru ini ialah 10 lagi ahli Kill Squad. Tiga bakal dituduh membunuh tanpa sebab sementara 7 lagi atas kesalahan menghalang keadilan (obstrcution of justice) , mengambil dadah terlarang dan menyimpan gambar kekejaman perang (war atrocities)
Di USA berita ini sedang disenyapkan kerana takut menjadi bahan kepada pergerakan anti perang disana. Di Afghanistan pula berita ini sudah menjadi buah mulut sehingga PBB mengarahkan lockdown kepada semua pekerjanya. Tak boleh keluar kompoun takut ada orang Afghan nak balas dendam.
Sementara itu pihak tentera US meminta maaf kerana "gambar ini menyinggung perasaan orang ramai". The hell is that? Bukan minta maaf kepada keluarga Gul Mudin?
Laporan asal Al Jazeera