“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

15 April 2011

10 manusia dengan kelebihan yang unik

1.Otak yang Menakjubkan (Daniel Tammet)
paradigma mukmin

Daniel Paul Tammet adalah orang England yang berbakat dengan kemampuan yang sangat luar  biasa dalam matematik, memori, dan pembelajaran bahasa. Dia dilahirkan dengan bawaan epilepsi.
Dia mengatakan, setiap angka hingga 10 000 masing – masing memiliki ‘rasa dan bentuk’ yang unik, sehingga dia dapat ‘merasakan’ apakah suatu angka tersebut termasuk angka yang utama ataupun campuran. Sebagai contoh, dia mengatakan bahawa angka 289 adalah angka yang jelek, angka 333 menarik, dan Pi itu indah.
Tammet memegang rekod sebagai orang yang ‘memproses’ dan menghitung nilai Pi ke angka 22,514 hanya dalam waktu lima jam. Dia juga mampu berbicara dalam berbagai bahasa, termasuk Inggeris, Perancis, Finland, Jerman, Sepanyol, Lithuania, Romania, Estonia, Wales, dan Esperento. Tetapi Tammet  menyukai Bahasa Estonia kerana kaya dengan huruf hidup.
Tammet mampu mempelajari bahasa baru dengan sangat cepat. Untuk membuktikannya, Tammet ditontonkan Channel Five (sebuah saluran TV) untuk mempelajari Bahasa Iceland hanya dalam 1 minggu. 7 hari kemudian, Tammet muncul di televisyen Iceland  dan berbicara dalam Bahasa Iceland

2.Penglihatan Sonar (Ben Underwood)
paradigma mukmin
Ben Underwood adalah seorang yang  buta, kedua matanya telah rosak kerana kanser, ketika ia berusia 3 tahun. Namun, dia boleh bermain bola basket, main basikal, dan kehidupan yang cukup normal seperti orang lain.
Dia melatih dirinya untuk menggunakan gelombang sonar untuk bernavigasi di seluruh dunia, tanpa bantuan alat sensor  untuk menuntunnya, tanpa tangan untuk meraba – raba, dia hanya menggunakan SUARA!
Ben menghasilkan suara yang kemudian memantul pada suatu benda dan pantulan suara itu kembali pada dirinya. Dia adalah satu – satunya orang di dunia yang melihat menggunakan suara sonar seperti ikan lumba – lumba, kapal selam, dan kelawar.

3.Raja Penyiksaan (Tim Cridland)
paradigma mukmin
Tim Cridland nampaknya tidak merasakan sakit seperti kebanyakan orang. Dia mengagumkan semua orang dengan memasukkan jarum ke dalam lengannya tanpa rasa sakit. Ujian klinikal  menunjukkan bahawa Tim dapat menoleransi lebih besar rasa sakit daripada manusia biasa. Dia juga mampu menolak  jarum menembus tubuhnya tanpa luka!

4.Manusia yang Tidak Tidur (Thai Ngoc)
paradigma mukmin
Thai Ngoc, yang dikenali sebagai Hai Ngoc, mengatakan dia tidak dapat tidur di malam hari sejak  mengalami  demam pada tahun 1973, dan telah lebih dari 11 700 malam dia lalui tanpa tidur. “Tetapi saya tetap sihat dan dapat bertani secara normal seperti yang lain,” kata Ngoc.

5.The Rubberboy (Daniel Smith Browning)
 akuislam.com
Lima kali pemegang Guinness Record, The Rubberboy (manusia lentur) adalah manusia yang paling lentur, dia mampu melakukan gerakan – gerakan yang sulit dilakukan manusia biasa, seolah – olah dia tidak memiliki tulang didalam badannya.
Dia telah banyak tampil dalam acara The Tonight Show with Jay Leno, ESPN’s Sports Center, Oprah Winfrey, Ripley’s Believe It or Not, The Discovery Chan
Channel, Men in Black 2, HBO’s Carnivale, dan CSI: NY.
Dia juga mampu memasukkan badannya dari kaki sehingga  kepala hanya melalui raket tenis! Dia juga mampu melakukan gerakan – gerakan yang aneh dan senaman badan yang unik.

6.  Gigi yang Luar Biasa Kuat (Rathakrishnan Velu)
 akuislam.com
Pada tanggal 30 Ogos 2007, pada Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, Rathakrishnan Velu (atau dikenali dengan Raja Gigi) memecahkan rekod dunia dengan menarik kereta api dengan gigi. Kereta api dengan 6 gerabak , berat 297 tan, dan sejauh 2.8 meter di Kuala Lumpur Old Railway Station. Raja Gigi pernah belajar teknik memperkuat salah satu bahagian tubuhnya dari guru di India pada usia 14 tahun.

7.Mr “Eat-it-All” (Michel Lotito)
 akuislam.com
Michel Lotito atau dikenal dengan “Mr Eat it All”  terkenal dengan keanehannya, iaitu mampu memakan benda – benda yang asing untuk dimakan. Lotito mampu memakan logam, kaca, getah, dan sebagainya.
Bahkan dia juga mampu memakan barang – barang seperti basikal, televisyen dan sebuah PESAWAT CESSNA 150!  Dia memerlukan waktu sekitar 2 tahun untuk memakan sebuah Cessna 150, dari 1978 sampai 1980.

8.Manusia Magnet (Liew Thow Lin)
 akuislam.com
Liew Thow Lin (70), seorang kontraktor di Malaysia, pernah menjadi sorotan berita kerana berjaya menarik sebuah kereta dari jarak 20 meter. Dia mengatakan bahawa dia memiliki kemampuan untuk membuat sebuah benda untuk melekat secara magnetik ke kulitnya. Keanehan ini juga dimiliki 3 anaknya dan 2 cucunya

9.The Lion Whisperer (Kevin Richardson)
 akuislam.com
Ahli Zoologi, Kevin Richardson, mengatakan dia menggunakan naluri  untuk menenangkan hati dan membentuk ikatan yang intim dengan singa. Dia dapat menghabiskan semalaman penuh dengan singa tanpa sedikit pun merasa takut akan diserang.
Nalurinya tidak hanya  pada singa, tetapi juga pada binatang lain seperti Cheetah dan Hyena. Mereka bukan merupakan ancaman bagi Kevin. Singa adalah binatang kegemarannya. Ini adalah pekerjaan yang berbahaya, tapi Kevin sangat bersemangat menjalaninya.

10.Manusia dengan Mata Melotot (Claudio Pinto)
 akuislam.com
Claudio Pinto dapat membuat kedua matanya melotot hingga 4 cm atau ‘mengeluarkan’ 95% dari keseluruhan bola mata manusia. Pinto telah diuji  berulang kali dan semua doktor mengatakan mereka tidak pernah melihat ada orang yang boleh melotot mata sehebat Pinto. Mr.Pinto dari Belo Horizonte, berkata: “Ini adalah cara mudah menghasilkan wang. Saya dapat melotot hingga 4 cm dan ini adalah hadiah dari Tuhan, saya merasa diberkati.”


Sumber: 10 Manusia Dengan Kelebihan Yang Unik | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/10-manusia-dengan-kelebihan-yang-unik/#ixzz1JZzOruYD

10 bayi aneh di dunia

Setiap hari, jutaan bayi dilahirkan diseluruh dunia. Dalam sebegitu banyak kelahiran bayi, ada terselit kes – kes  dimana bayi yang dilahirkan dengan ciri – ciri abnormal yang jarang dijumpai. Ada yang menyebutnya keajaiban bayi dan ada juga menyebut ini adalah satu kecelakaan. Berikut adalah beberapa kes yang cukup unik. Terserah kepada anda untuk menentukan ianya adalah keajaiban atau kecelakaan
.
10. Bayi Berekor
akuislam.com
Bayi ini lahir di India pada tahun 2001.  Ekornya  bertumbuh 10 inci selepas kelahirannya. Banyak orang India menganggap bayi ini adalah inkarnasi tuhan.
.
9. Bayi dengan 16 Jari
akuislam.com
Anak kecil ini lahir di China pada 5 November 2008, ia memiliki 8 jari pada setiap kaki dan tiada ibu jari pada kedua tangan.
.
8. Bayi
akuislam.com
Gadis bayi (Lakshmi Tatma) lahir di India dan dianggap sebagai inkarnasi dari hindu dewa Wisnu
.
7. Bayi berkepala dua
akuislam.com
Pada tahun 2008, seorang bayi lahir di Bangladesh dengan dua kepala.
.
6. Bayi
akuislam.com
Bayi ini lahir pada tahun 2006 dengan keadaan yang disebut anencephaly.  Keadaan ini masih menjadi misteri dalam bidang perubatan
.
5. Bayi(ichthyosis Harlequin)
akuislam.com
Bayi ini dikenali sebagai bayi ular, dilahirkan di Gilgit, Pakistan. Keadaan bayi ini lahir dengan keadaan fizikal  yang menyeramkan   pada Mac 2010. Kecacatannya merangkumi seluruh kulit, mulut, telinga, mulut dan bahagian mata. Bayi itu meninggal setelah  beberapa minit dilahirkan.
.
4. Bayi terkecil di dunia
akuislam.com
Amillia Taylor dicatat untuk menjadi bayi terkecil yang pernah lahir dan untungnya, hanya dua minggu sebelum batas aborsi legal
.
3. Bayi Kembar Dua Berlainan Bangsa
akuislam.com
Hal ini sangat menarik. Ibu yang sama, rahim yang sama dan tarikh lahir yang sama namun bangsa yang berbeza. Kedua – dua bayi ini (Kaydon dan Layton Richardson) baru saja menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada bulan Julai 2010
.
2. Bayi Hamil
akuislam.com
Jangan salah anggap ya! Bayi perempuan kecil ini hanya membawa kembar parasit didalam perutnya. Dia baru selesai menjalani pembedahan dan sudah kembali menjadi normal.
.
1. Kembali dari kematian
akuislam.com
Keajaiban terbesar dari semua diatas. Bayi premature yang disahkan meninggal semasa lahir namun ajaibnya, dua jam kemudian bayi itu hidup dengan baik dan sihat.


~nma gelaran bayi di kdudukan ke-8,6 dan 5 tpaksa dipadamkan kerana gelaranya agak menghina..sesungguhnya semua makhluk adalah ciptaan Allah S.W.T

Sumber: 10 Bayi Ajaib & Aneh di Dunia | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/10-bayi-ajaib-aneh-di-dunia/#ixzz1JZxa5CVC

kisah sebenar disebalik lagenda drakula

paradigma mukmin
Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat. Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan  seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.
Bermula dari novel  karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.
Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna , kisah Dracula dikupas secara tuntas. Dalam buku ini dipaparkan bahawa Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.
paradigma mukmin
Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristien, dimana peperangan ini semakin sengit.
Kedua – dua kerajaan tersebut berusaha  merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik  Eropah mahupun Asia . Puncak  peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam peristiwa Perang Salib,  Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam. Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang  sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.
Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.
paradigma mukmin
Hyphatia mengatakan dalam bukunya :
“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut  seolah robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu. Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”
Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:
“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis  kerana mereka   kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”
Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab. Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.
paradigma mukmin
paradigma mukmin
Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya. Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkaraini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.
Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania , Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.
Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.  Mereka berusaha agar sejarah  jati diri  Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.

Utusan Sultan Mehmed II di castle Vlad Dracul
Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyak masyarakat, khususna umat Islam sendiri yang mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula.  Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum  bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib.
Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib,  sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.
Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam.  Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini .
Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuan  hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang palinghebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.