“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

27 November 2010

25 November 2010

3 Tempat Paling Misteri Di Dunia


RAPA NUI

Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile. Meraih populariti international kerana patung besar yg luar biasa dan berbentuk wajah manusia. Tiap patung tingginya 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14 tan dan terbuat dari batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui. Sampai sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut. Terdapat berbagai teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuk salah satunya adalah teori fantasi yang mengatakan bahawa patung ini hasil UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.


BERMUDA


Terletak di Atlantik Barat Laut . Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Juga di sbeut sebagai segitiga seta- semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut . Komunikasi dengan dunia diluar segitiga ini sering menjadi masalah. Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana merungkai hal ini.

XINJIANG



Di kota ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis. Beberapa ‘istana’ di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak jelas darimana asalanya . Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan angin sepoi-sepoi, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan sungguh indahya. Tapi jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istan-istana itu di baratkan seperti raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala



24 November 2010

3 Tempat Paling Romantis di Dunia

                                     

Paris
Kota Paris @ dikenali juga sebagai kota cinta menjadi destinasi pilihan utama bagi kebanyakkan pasangan yang baru berkahwin. Sudah tentunya pengalaman paling  romantis bila anda bersama pasangan dapat melihat sendiri Menara Eiffel dengan ketinggian 300 meter yang mula dibina pada 1 julai 1887 itu sambil menyusuri  sungai Seine.


Venice
Bandar terapung atas air sering digambarkan sebagai lambang agungnya cinta.Ia adalah satu diantara bandar yang tercantik dan popular di dunia.  Venice yang mempunyai 140 terowong dan 400 buah jambatan menjadikan Venice begitu unik. Gondola yang menjadi simbol Venice juga antara keistimewaan yang ada di Venice.


Nami island
Masih ingatkah lagi dengan 'winter sonata'. Drama bersiri romantis Korea yang pernah popular suatu ketika dulu. Lokasi penggambaran yang banyak dilakukan dipulau Nami dan Jeju tentunya sedikit sebanyak akan mengimbaukan kenangan dan suasana romantis bila anda berada disini bersama dengan yang tersayang.