“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

06 March 2011

SEORANG GURU BIASA



1. Menulis rancangan mengajar


2. Menanda kedatangan murid/pelajar


3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.


4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 
6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat


 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu


6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran


7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum


7. Menghantar murid ke Klinik


8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri


10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan


11. Mengisi data murid SMM


12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar


13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin


14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga


15. Mengecat sekolah


16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas


17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)


18. Menyiapkan program Head Counting


19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)


20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya


21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan


22. Mengendali masalah / kebajikan murid


23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.


24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya


25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)


26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)


27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah


28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)


29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian


30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 
90 90 x 5 = 450 kertas


31. Perkembangan staf


32. Mengendalikan perhimpunan murid


33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan



* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. 


SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

No comments:

Post a Comment