“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

14 April 2011

7 Negara Paling Kaya di Dunia (2011)


Grand_Canyon6
7. USA – $46,000
USA atau nama lainnya Amerika Syarikat menduduki tempat ke-7 untuk senarai 2011 ini. Ternyata apa yang membezakan USA dengan negara lain yang tersenarai adalah saiz negaranya yang besar.
Berbanding negara-negara lain dalam senarai yang antaranya adalah terkecil di dunia, USA mempunyai populasi mencapai 300 juta orang yang meliputi 9.83 juta kilometer per segi. US juga merupakan negara kepada ramai ‘billionares’ di dunia. Adalah dikhabarkan, ‘billionares’ yang tinggal di US adalah seramai mereka yang berada di dunia secara total. Dengan kecanggihan teknologinya, tidak keterlaluan US dikatakan sebagai syurga dunia.
6. Singapore – $48,900
Negara kecil Singapura ini meliputi 63 buah pulau dan sebahagian tanah besar dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi. Seiring dengan Hong Kong, Korea  Selatan dan Taiwan, Singapura telah diangkat sebagai ‘4 Asian Tigers’.
Difahamkan, Singapura mempunyai pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata wang asing ke-4 terbesar di dunia. Singapura juga dianggap sebagai tempat paling mudah dan mesra untuk menjalankan urusan perniagaan.
5. UAE – $55,200
United Arab Emirates ataupun UAE adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli yang mana ia telah mencapai kejayaan sebagai antara negara yang termaju di dunia.
Dengan kewangan melebihi apa yang mereka perlukan, UAE telah membina beberapa pulau buatan dan juga telah membina menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa setinggi 828 meter 2 kali ketinggian bangunan Empire State (Empire State Building) di New York.
Selain itu, aktiviti pembinaan sangat rancak berjalan di negara ini dengan laporan menunjukkan ¼ daripada pembinaan di dunia berlaku di Dubai, antara kota terbesar di UAE.
4. Kuwait  – $55, 300
Dalam bahasa Arab, Kuwait membawa maksud “Tembok yang dibina berdekatan Air”. Selain berada di pesisir Teluk Parsi, negara ini mempunyai jiran terkenal seperti Arab Saudi dan Iraq.
Kuwait kaya dengan hasil minyak dan mempunyai 10% daripada rizab minyak dunia. Sebagai negara tanpa sistem cukai, lebih 80% hasil negara diperolehi daripada jualan eksport minyak mentah.
Selain itu, menjadi negara kedua paling bebas ekonomi di Timur Tengah, Kuwait mempunyai antara ekonomi yang paling berkembang di teluk  itu. Terkini, Kuwait bersaing dengan Malaysia untuk menjadi negara hub sistem perbankan Islam dunia.
oslo, norway
3. Norway – $55, 600
Norway antara beberapa negara Eropah yang tidak menganggotai Kesatuan Eropah  (EU). Negara sumber minyak ini hanya berada di belakang Rusia dan Arab Saudi dalam eksport minyak tahun 2006.
Dikhabarkan juga, Norway mempunyai kos sara hidup 30% lebih mahal daripada di US.
2. Qatar – $75,900
Qatar adalah sebuah negara Arab berpenduduk kurang daripada sejuta orang dan hanya mencapai kemerdekaan daripada Great Britain pada tahun 1971.
Tanpa cukai pendapatan, Qatar mempunyai kadar cukai antara yang terendah di dunia namun masih mampu menawarkan kemudahan secara percuma kepada penduduknya.
1. Luxembourge – $80, 800
Negara kecil ini hanya berkeluasan 50X30 batu persegi. Dengan penduduk kurang daripada 500,000 negara ini adalah satu keajaiban Eropah selain menjadi 1 daripada 8 negara terkecil di dunia. Mengikut sistemnya, Luxembourge diiktiraf negara terkaya di dunia 2011 mengikut pendapatan per kapita.

No comments:

Post a Comment