Perpustakaan Bodleian Universiti Oxford ialah antara perpustakaan paling terkemuka didunia. Antara buku yang tersimpan di perpustakaan ini ialah 4 salinan asal MAGNA CARTA dari kurun ke 13 serta satu dari 42 salinan lengkak Injil Gutenberg. Keunikan perpustakaan ini ialah ia akan menyimpan satu salinan setiap buku yang dicetak di UK sejak diasaskan pada tahun 1602. Oleh itu setiap hari perpustakaan ini menerima 1000 buku baru sehari! Dayum!
Oleh kerana lambakkan buku yang mereka terima, Perpustakaan Bodleian mula menghadapi masalah ruang meletak buku. Bagi mengelakkan lambakkan, beratus ribu buku yang kurang dibaca disimpan diluar perpustakaan. Sesetengahnya disimpan didalam bekas lombong garam Cheshire
Masalah ini akhirnya diselesaikan dengan pembinaan Book Storage Facility (BSF) di Swindon.Bangunan beharga GBP 26 juta ini mampu menyimpan 8.4 juta buku dan dijangka dapat menampung lambakkan buku baru untuk 20 tahun akan datang. BSF mempunyai rangkaian rak buku sepanjang 153 batu (246 km atau jarak antara KL ke Cameron Highlands !). Ianya seluas 13 ekar dan dibina diatas sebidang tanah yang membolehkan BSF dibesarkan untuk keperluan masa hadapan.
So korang pasti tertanya-tanya
"Abih kalau buku depa simpan diluar perpustakaan. Camne aku nak baca eh?"
Ok. Buku yang bakal disimpan disini as I said ialah buku yang kurang popular. Kalu nak jugak Perpustakaan Bodleian gerenti yang jika permintaan buku difail pada jam 10 pagi. Buku yang diminta akan dihantar terus ke rumah sipeminjam selewat-lewatnya jam 3 petang. Door to door service seh! Hey that sound good considering that they have MILLIONS Of book to search through!
Apa apa pun nice one. Bagi aku perpustakaan paling cantik di Malaysia ialah perpustakaanUniversiti Teknologi Petronas. Awesome gila. Kalau ada masa aku suruh juniour take some snaps and I will paste it here. Lawa dow IRC Unipet!
No comments:
Post a Comment