“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

14 April 2011

Kapal Paling Mahal di Dunia

1. Eclipse: $1.2 billion

2. $350 Million – Dubai

3. $210 million – Lady Moura

4. $200 million – Octopus

5. $130 million – Pelorus

6. $129 million – Ecstasea

7. $116 million – Alysia

8. $103 million – Annaliesse

9. $100 million – Tatoosh

10. Le Grand Bleu - $90 million

5 tandatangan paling mahal di dunia


Di tempat ke-5, tandatangan diatas sekeping kertas oleh pemain gitar, penulis lirik dan penyanyi iaitu Jimmy Hendrix yang dijual dengan harga USD59,484.
Di tempat ke-4, tandatangan pada sebuah gitar oleh penulis lirik, penerbit rakaman, pemain gitar, ahli kumpulan The Yard-birds (66'-68') dan pengasas kumpulan Led Zeppelin iaitu Jimmy Page yang dijual dengan harga USD71,087.
Di tempat ke-3, salinan tandatangan terakhir pemain gitar dan penyanyi kumpulan The Beatles iaitu John Lennon yang dijual dengan harga USD525,00.
Di tempat ke-2, salinan tandatangan asli perdana menteri US yang ke 13 (1861-1865) iaitu Abraham Lincoln yang dijual pada tahun 1991 dengan harga USD748,000.
Di tempat pertama, tandatangan termahal di dunia iaitu tandatangan seorang penyair dan bangsawan terunggul Inggeris iaitu William Shakespeare. Hanya ada enam tanda tangan asli dan masing-masing dijangka sekitar USD5 juta.

So, agak-agak berapa harga tandatangan korang tu nk jual? Hehe :P

7 Kereta Paling Murah di Dunia


tata indica
Price: 8, 894
7. Tata Indica
Sebuah kereta jenis Sedan daripada Tata Group. Kereta disertakan bersama penghawa dingin dan beberapa aksesori lain. Kereta ini dipasarkan di India pada harga 349, 423 rupee atau $8, 894.
cherry A1
Price: $7,394
6. Cherry A1
Kereta jenis Sedan China digelar Kimo di Russia. Pembabitan awal syarikat Cherry dalam pasaran kereta kompak, mula ditayangkan di Shanghai Auto Show. Berasaskan 83 kuasa kuda, model ini mempunyai pemain CD, USB port dan juga sistem mp3, dijual sekitar 53,673 yuan atau $7,394.
gleey hq srv
Price: $5,780
5. Gleey HQ SRV
Gleey HQ SRV dihasilkan di China oleh Gleey Automotive. Berkonsepkan kereta keluarga SUV, kereta ini hanya mampu mencapai kelajuan setinggi 52km/j. Dijual pada harga 41,933 Yuan atau $5,780
geely MR
Price: $5,500
4. Gleey MR
Satu lagi kereta oleh syarikat Gleey Automotive, Geely Mr jenis hatchback dihasilkan sebagai usaha menyaingi kereta daripada US. Kelajuan kereta ini boleh mencapai 86km/j didatangkan dengan penghawa dingin, pemain CD dan kerusi boleh laras. Harga sekitar 39,902 yuan atau $5, 500.
suzuki maruti 800
Price: $4,994
3. Suzuki Maruti 800
Kereta keluaran India berharga dalam lingkungan 195,000 Rupees atau $4, 994. Kereta ini popular dalam tahun 1980 ke tahun 1990. Dikenali sebagai “city car”, kereta ini menghasilkan 37 kuasa kuda dengan tayar sebesar 12 inci. Kelajuan tertinggi adalah 78km/j.
cherry qq
Price: $4, 781
2. Cherry QQ
Kereta termurah di China berada di posisi kedua. Kereta ini telah dihasilkan oleh Cherry Automobile sejak tahun 2003. Biarpun berharga serendah 34, 499 yuan atau $4, 781, kereta ini dikhabarkan agak berbahaya kerana pemandu berpotensi untuk mendapat kecederaan teruk kepala yang boleh membawa kepada kematian jika pelanggaran bersemuka berlaku. Kelajuan maksimum mencapai 51km/j.
tata nano
Price: $2, 497
1. Tata Nano
Tersenarai dalam buku Guinness World Book of Record, Tata Nano dihasilkan oleh syarikat terkemuka India, Tata Motors berinspirasikan masyarakat India yang berpendapatan rendah. Panjangnya sekitar 10 kaki dan 5 kaki lebar. Model asas tidak mempunyai radio, penghawa dingin ataupun beg udara. Dijual pada harga 98,094 Rupees atau $2,497.

8 Perfume Paling Mahal Di Dunia

8. Jean Patou’s Joy: Harga: $800


Perfume yang sangat popular dan banyak digunakan oleh bintang Hollywood. Dengan botol kemasan 30 ml beraroma khas wewangian tumbuhan yang diekstrak dari rose dan jasmine, hasil ciptaan designer Perancis, Jean Patou.

Perfume lain dari Patou adalah Amour Amour, Adieu Sagesse dan Que Sais Je tetapi 'Joy' adalah yang paling terkenal.

7. Hermes’ 24 Faubourg: Harga: $1,500


Perfume khusus wanita dengan botol 30 ml dibuat oleh butik Hermes International.
Hermes memulakan bisnes perfume sejak 1951. Setelah 57 tahun berkecimpung didalam bisnes ini, Hermes telah mencipta pelbagai pilihan perfume untuk lelaki dan wanita.

6. Annick Goutal’s Eau d’Hadrien: Harga: $1,500


Pembuat perfume dari Eropah, Annick Goutal, bekas model dan pemain piano terkenal. Eau d’Hadrien memberikan kesegaran dengan komposisi citrus blend dari lemon Sisilia, grapefruit dan cypress.

5. Baccarats Les Larmes Sacrees de Thebe: Harga: $1,700


Baccarat, lebih terkenal sebagai pembuat kristal kualiti tinggi, memulakan bisnes perfume pada lewat 1990an dengan 3 jenis perfume berlabel 'Limited Edition'

Baccarats Les Larmes Sacrees de Thebe adalah kombinasi frankincense dan myrrh. Diletakkan didalam botol kristal Baccarat yang sangatcantik .

4. Chanel No 5: Harga: $1,850


Salah satu dari perfume paling terkenal di dunia dengan aroma jasmine. Perfume pertama dari designer terkenal, Gabrielle ‘Coco’ Chanel. Perfume Chanel dimulakan dari No. 1 sampai No. 6 tetapi No. 5 adalah yang paling popular.

Pada mulanya, perfume ini diberikan secara cuma kepada pelanggan pilihan Chanel secara percuma di butik Chanel.

3. Caron’s Poivre: Harga: $2,000


Perfume unisex dengan kemasan 60 ml adalah kombinasi wangi lavender, jasmine, rose, Lily of the valley, carnation, cedar, sandalwood, Tonka dan musk.

Caron, yang mencipta formula perfume ini juga dikenalai sebagai master perfume

2. Clive Christian No. 1: Harga: $2,150 (60 ml)


Perfume dengan kombinasi extravagant Indian jasmine, mandarin dan sandalwood. Dengan botol handmade dari lead crystal, dihiasi 24-karat gold-plated sterling silver dan permata.

Penutup botol diciptakan sesuai dengan bentuk asli yang dipakai oleh Ratu Victoria.

1. Clive Christian’s Imperial Majesty: Harga: $215,000


Kreasi designer Inggris Clive Christian’s sekarang telah dicatat di Guiness Book of World Records sebagai perfume termahal di dunia. 16.9 ml perfume dengan botol dihiasi emas 18 karat dan berlian 5 karat. Hanya dihasilkan 5 botol dalam setahun.

komik kartun paling mahal di dunia


NAMA: Action Comics, No. 1 / NILAI: AS$1.5 juta (RM4.793 juta)
Siri komik pertama yang memperkenalkan SUPERMAN kepada dunia ini mula dijual pada April 1938. Pakar koleksi komik dan pengasas ComicConnect.com, Stephen Fishler, melabel komik ini sebagai pencetus kegilaan terhadap genre hiburan ringan ini.
NAMA: Detective Comics, No. 27 / NILAI: AS$1.38juta (RM4.41 juta)
BATMAN diperkenalkan kepada umum dalam edisi ke-27 Detective Comics. Komik ini hanya berharga AS$0.10 (RM0.32) ketika dijual pada 1939. 70 tahun kemudian, nilai komik ini meningkat jutaan kali ganda.
NAMA: Superman, No. 1 / NILAI: AS$671,000 (RM2.144 juta)
Meskipun Action Comics memperkenalkan SUPERMAN kepada umum, komik ini yang pertama didedikasi khas untuk wira besi itu.
NAMA: All-American Comics, No. 16 / NILAI: AS$430,000 (RM1.374 juta)
Komik edisi ke-16 All-American Comics ini memperkenalkan Green Lantern kepada pembaca.
NAMA: Detective Comics, No. 1 / NILAI: AS$405,000 (RM1.294 juta)
Komik ini edisi pertama siri Detective Comics yang mula diterbitkan pada 1937 dan turut dibintangi SUPERMAN dan BATMAN dalam siri seterusnya. Ia ditulis menurut siri penyiasatan tegar yang sukar dinikmati pembaca.
NAMA: Marvel Comics, No. 1 / NILAI: AS$367,000 (RM1.173 juta)
Marvel Comics, anak syarikat The Walt Disney Company, memperkenalkan wira seperti IRON MAN, X-MEN, WOLVERINE dan ramai lagi.
NAMA: Batman, No. 1 / NILAI: AS$359,000 (RM1.147 juta)
Meskipun BATMAN diperkenalkan dalam komik Detective Comics, kimik ini adalah edisi pertama komik peribadinya yang diterbitkan pada 1940 dan turut memperkenalkan ROBIN.
NAMA: More Fun Comics, No. 52 / NILAI: AS$316,000 (RM1.009 juta)
Komik More Fun Comics hanya diterbitkan antara 1935 hingga 1947. Isu ke-52 memperkenalkan pembaca kepada The Spectre.
NAMA: Flash Comics, No. 1 / NILAI: AS$289,000 (RM923,152)
Komik ini diterbitkan pada 1940 buat pertama kali memperkenalkan pembaca kepada FLASH dan HAWKMAN.
: Amazing Fantasy, No. 15 / NILAI: AS$280,000 (RM894,180)
Isu ke-15 Amazing Fantasy adalah komik ke-10 termahal pernah dilelong. SPIDERMAN muncul buat pertama kali di kulit muka komik ada Ogos 1960. Ketika itu penerbitan siri komik ini dijadual akan ditamatkan, tapi kemunculan SPIDERMAN sebaliknya menyebabkan siri ini mencatatkan penjualan paling tinggi pada masa itu.
Sama ada kita perasaan atau tidak, kebanyakkan filem superhero yang dihasilkan di Hollywood adalah diadaptasi daripada komik kartun terkenal ini dan telah meraikan keuntungan yang belipat kali ganda.
Bagi kita rakyat Malaysia, mungkin kita tak berpeluang untuk membaca komik kartun hebat tersebut. Tetapi komik kartun yang dihasilkan oleh kartunis tempatan kita tidak kurang juga hebatnya seperti Majalah Ujang, Apo, Gila-Gila, Gelihati, Bujal, Kampung Boy dll.