“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

14 April 2011

7 Kereta Paling Murah di Dunia


tata indica
Price: 8, 894
7. Tata Indica
Sebuah kereta jenis Sedan daripada Tata Group. Kereta disertakan bersama penghawa dingin dan beberapa aksesori lain. Kereta ini dipasarkan di India pada harga 349, 423 rupee atau $8, 894.
cherry A1
Price: $7,394
6. Cherry A1
Kereta jenis Sedan China digelar Kimo di Russia. Pembabitan awal syarikat Cherry dalam pasaran kereta kompak, mula ditayangkan di Shanghai Auto Show. Berasaskan 83 kuasa kuda, model ini mempunyai pemain CD, USB port dan juga sistem mp3, dijual sekitar 53,673 yuan atau $7,394.
gleey hq srv
Price: $5,780
5. Gleey HQ SRV
Gleey HQ SRV dihasilkan di China oleh Gleey Automotive. Berkonsepkan kereta keluarga SUV, kereta ini hanya mampu mencapai kelajuan setinggi 52km/j. Dijual pada harga 41,933 Yuan atau $5,780
geely MR
Price: $5,500
4. Gleey MR
Satu lagi kereta oleh syarikat Gleey Automotive, Geely Mr jenis hatchback dihasilkan sebagai usaha menyaingi kereta daripada US. Kelajuan kereta ini boleh mencapai 86km/j didatangkan dengan penghawa dingin, pemain CD dan kerusi boleh laras. Harga sekitar 39,902 yuan atau $5, 500.
suzuki maruti 800
Price: $4,994
3. Suzuki Maruti 800
Kereta keluaran India berharga dalam lingkungan 195,000 Rupees atau $4, 994. Kereta ini popular dalam tahun 1980 ke tahun 1990. Dikenali sebagai “city car”, kereta ini menghasilkan 37 kuasa kuda dengan tayar sebesar 12 inci. Kelajuan tertinggi adalah 78km/j.
cherry qq
Price: $4, 781
2. Cherry QQ
Kereta termurah di China berada di posisi kedua. Kereta ini telah dihasilkan oleh Cherry Automobile sejak tahun 2003. Biarpun berharga serendah 34, 499 yuan atau $4, 781, kereta ini dikhabarkan agak berbahaya kerana pemandu berpotensi untuk mendapat kecederaan teruk kepala yang boleh membawa kepada kematian jika pelanggaran bersemuka berlaku. Kelajuan maksimum mencapai 51km/j.
tata nano
Price: $2, 497
1. Tata Nano
Tersenarai dalam buku Guinness World Book of Record, Tata Nano dihasilkan oleh syarikat terkemuka India, Tata Motors berinspirasikan masyarakat India yang berpendapatan rendah. Panjangnya sekitar 10 kaki dan 5 kaki lebar. Model asas tidak mempunyai radio, penghawa dingin ataupun beg udara. Dijual pada harga 98,094 Rupees atau $2,497.

No comments:

Post a Comment