“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

15 April 2011

10 manusia dengan kelebihan yang unik

1.Otak yang Menakjubkan (Daniel Tammet)
paradigma mukmin

Daniel Paul Tammet adalah orang England yang berbakat dengan kemampuan yang sangat luar  biasa dalam matematik, memori, dan pembelajaran bahasa. Dia dilahirkan dengan bawaan epilepsi.
Dia mengatakan, setiap angka hingga 10 000 masing – masing memiliki ‘rasa dan bentuk’ yang unik, sehingga dia dapat ‘merasakan’ apakah suatu angka tersebut termasuk angka yang utama ataupun campuran. Sebagai contoh, dia mengatakan bahawa angka 289 adalah angka yang jelek, angka 333 menarik, dan Pi itu indah.
Tammet memegang rekod sebagai orang yang ‘memproses’ dan menghitung nilai Pi ke angka 22,514 hanya dalam waktu lima jam. Dia juga mampu berbicara dalam berbagai bahasa, termasuk Inggeris, Perancis, Finland, Jerman, Sepanyol, Lithuania, Romania, Estonia, Wales, dan Esperento. Tetapi Tammet  menyukai Bahasa Estonia kerana kaya dengan huruf hidup.
Tammet mampu mempelajari bahasa baru dengan sangat cepat. Untuk membuktikannya, Tammet ditontonkan Channel Five (sebuah saluran TV) untuk mempelajari Bahasa Iceland hanya dalam 1 minggu. 7 hari kemudian, Tammet muncul di televisyen Iceland  dan berbicara dalam Bahasa Iceland

2.Penglihatan Sonar (Ben Underwood)
paradigma mukmin
Ben Underwood adalah seorang yang  buta, kedua matanya telah rosak kerana kanser, ketika ia berusia 3 tahun. Namun, dia boleh bermain bola basket, main basikal, dan kehidupan yang cukup normal seperti orang lain.
Dia melatih dirinya untuk menggunakan gelombang sonar untuk bernavigasi di seluruh dunia, tanpa bantuan alat sensor  untuk menuntunnya, tanpa tangan untuk meraba – raba, dia hanya menggunakan SUARA!
Ben menghasilkan suara yang kemudian memantul pada suatu benda dan pantulan suara itu kembali pada dirinya. Dia adalah satu – satunya orang di dunia yang melihat menggunakan suara sonar seperti ikan lumba – lumba, kapal selam, dan kelawar.

3.Raja Penyiksaan (Tim Cridland)
paradigma mukmin
Tim Cridland nampaknya tidak merasakan sakit seperti kebanyakan orang. Dia mengagumkan semua orang dengan memasukkan jarum ke dalam lengannya tanpa rasa sakit. Ujian klinikal  menunjukkan bahawa Tim dapat menoleransi lebih besar rasa sakit daripada manusia biasa. Dia juga mampu menolak  jarum menembus tubuhnya tanpa luka!

4.Manusia yang Tidak Tidur (Thai Ngoc)
paradigma mukmin
Thai Ngoc, yang dikenali sebagai Hai Ngoc, mengatakan dia tidak dapat tidur di malam hari sejak  mengalami  demam pada tahun 1973, dan telah lebih dari 11 700 malam dia lalui tanpa tidur. “Tetapi saya tetap sihat dan dapat bertani secara normal seperti yang lain,” kata Ngoc.

5.The Rubberboy (Daniel Smith Browning)
 akuislam.com
Lima kali pemegang Guinness Record, The Rubberboy (manusia lentur) adalah manusia yang paling lentur, dia mampu melakukan gerakan – gerakan yang sulit dilakukan manusia biasa, seolah – olah dia tidak memiliki tulang didalam badannya.
Dia telah banyak tampil dalam acara The Tonight Show with Jay Leno, ESPN’s Sports Center, Oprah Winfrey, Ripley’s Believe It or Not, The Discovery Chan
Channel, Men in Black 2, HBO’s Carnivale, dan CSI: NY.
Dia juga mampu memasukkan badannya dari kaki sehingga  kepala hanya melalui raket tenis! Dia juga mampu melakukan gerakan – gerakan yang aneh dan senaman badan yang unik.

6.  Gigi yang Luar Biasa Kuat (Rathakrishnan Velu)
 akuislam.com
Pada tanggal 30 Ogos 2007, pada Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, Rathakrishnan Velu (atau dikenali dengan Raja Gigi) memecahkan rekod dunia dengan menarik kereta api dengan gigi. Kereta api dengan 6 gerabak , berat 297 tan, dan sejauh 2.8 meter di Kuala Lumpur Old Railway Station. Raja Gigi pernah belajar teknik memperkuat salah satu bahagian tubuhnya dari guru di India pada usia 14 tahun.

7.Mr “Eat-it-All” (Michel Lotito)
 akuislam.com
Michel Lotito atau dikenal dengan “Mr Eat it All”  terkenal dengan keanehannya, iaitu mampu memakan benda – benda yang asing untuk dimakan. Lotito mampu memakan logam, kaca, getah, dan sebagainya.
Bahkan dia juga mampu memakan barang – barang seperti basikal, televisyen dan sebuah PESAWAT CESSNA 150!  Dia memerlukan waktu sekitar 2 tahun untuk memakan sebuah Cessna 150, dari 1978 sampai 1980.

8.Manusia Magnet (Liew Thow Lin)
 akuislam.com
Liew Thow Lin (70), seorang kontraktor di Malaysia, pernah menjadi sorotan berita kerana berjaya menarik sebuah kereta dari jarak 20 meter. Dia mengatakan bahawa dia memiliki kemampuan untuk membuat sebuah benda untuk melekat secara magnetik ke kulitnya. Keanehan ini juga dimiliki 3 anaknya dan 2 cucunya

9.The Lion Whisperer (Kevin Richardson)
 akuislam.com
Ahli Zoologi, Kevin Richardson, mengatakan dia menggunakan naluri  untuk menenangkan hati dan membentuk ikatan yang intim dengan singa. Dia dapat menghabiskan semalaman penuh dengan singa tanpa sedikit pun merasa takut akan diserang.
Nalurinya tidak hanya  pada singa, tetapi juga pada binatang lain seperti Cheetah dan Hyena. Mereka bukan merupakan ancaman bagi Kevin. Singa adalah binatang kegemarannya. Ini adalah pekerjaan yang berbahaya, tapi Kevin sangat bersemangat menjalaninya.

10.Manusia dengan Mata Melotot (Claudio Pinto)
 akuislam.com
Claudio Pinto dapat membuat kedua matanya melotot hingga 4 cm atau ‘mengeluarkan’ 95% dari keseluruhan bola mata manusia. Pinto telah diuji  berulang kali dan semua doktor mengatakan mereka tidak pernah melihat ada orang yang boleh melotot mata sehebat Pinto. Mr.Pinto dari Belo Horizonte, berkata: “Ini adalah cara mudah menghasilkan wang. Saya dapat melotot hingga 4 cm dan ini adalah hadiah dari Tuhan, saya merasa diberkati.”


Sumber: 10 Manusia Dengan Kelebihan Yang Unik | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/10-manusia-dengan-kelebihan-yang-unik/#ixzz1JZzOruYD

No comments:

Post a Comment