“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

14 April 2011

pemindahan pemain EPL

Tempoh perpindahan pemain bulan Januari untuk EPL telah pun berlalu. Banyak kejutan yang berlaku dalam sesi beli membeli pemain diantara kelab – kelab Liga Inggeris antaranya perpindahan Fernando Torres ke Chelsea dan penghijrahan Andy Carroll dari kelab Newcastle United ke Liverpool. Tetapi apa yang menariknya tentang Torres dan Carroll? penghijrahan mereka berdua telah mencatat rekod baru yuran perpindahan pemain bagi kelab – kelab Inggeris. Yuran perpindahan yang dibayar oleh Chealsea untuk mendapatkan Torres telah mengatasi yuran perpindahan yang dibayar oleh Manchester City untuk mendapatkan Robinho. Begitu juga Andy Carroll, yuran perpindahannya yang berjumlah 35 juta Pounds turut mengatasi yuran perpindahan Robinho.

Berikut adalah senarai 10 tempat teratas membabit pembayaran yuran perpindahan pemain bagi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris:

1. Fernando Torres (Liverpool ke Chelsea) 50 juta pounds 
2. Andy Carroll (Newcastle ke Liverpool) 35 juta pound
3. Robinho (Real Madrid ke Manchester City) 32.5 juta pounds
4. Andriy Shevchenko (AC Milan ke Chelsea) 30.8 juta pounds 
 5. Dimitar Berbatov (Tottenham Hotspur ke Manchester United) 30.75 juta pounds
6. Rio Ferdinand (Leeds United ke Manchester United) 29.1 juta pounds
7. Juan Sebastian Veron (Lazio ke Manchester United) 28.1 juta pounds
8. Wayne Rooney (Everton ke Manchester United) 27 juta pounds
9. Edin Dzeko (Wolfsburg ke Manchester City) 27 juta pounds
10. James Milner (Aston Villa ke Manchester City) 26 juta pounds

No comments:

Post a Comment